Pratonton Percuma Β· Modul 1 Β· Pelajaran 1.1

Kenali Pembantu Baharu Anda: Apa AI Boleh Buat untuk Ejen

Video penerangan akan datang β€” pelajaran bertulis di bawah sudah lengkap.

Bayangkan AI seperti mengambil seorang pembantu peribadi yang sangat pantas β€” sudah membaca jutaan buku, bekerja 24/7, tak pernah merungut, dan kos permulaannya RM0. Ia bukan magik, dan ia takkan menggantikan anda β€” tetapi ejen yang menggunakan AI akan sentiasa mengatasi ejen yang tidak. Pelajaran ini tunjukkan bagaimana rupanya dalam kerja harian.

Pertama sekali: apa sebenarnya "AI" di sini?

Bila ejen sebut "AI" pada 2026, biasanya mereka maksudkan alat AI berasaskan chat seperti ChatGPT, Claude atau Gemini. Anda taip permintaan dalam bahasa biasa β€” English, Manglish, δΈ­ζ–‡, BM, campur pun boleh β€” dan ia membalas dengan jawapan berguna dalam beberapa saat. Tiada coding, tiada pemasangan. Kalau anda boleh hantar mesej WhatsApp, anda sudah ada satu-satunya kemahiran yang diperlukan.

Minda yang betul: AI bukan Google. Google cari artikel untuk anda baca sendiri. AI buat kerja β€” ia tulis mesej, draf post, ringkaskan dokumen, dan tulis semula bila anda kata "pendekkan sikit dan buat lebih mesra."

7 perkara yang ejen sedang buat dengan AI sekarang

  1. Mesej prospecting β€” tukar "patut follow up dengan Encik Tan" kepada mesej WhatsApp yang mesra dan semula jadi dalam 10 saat, disesuaikan dengan situasinya.
  2. Penciptaan kandungan β€” skrip reels, post FB, kapsyen dan hashtag untuk seminggu penuh, siap dalam satu sesi.
  3. Terangkan produk dengan mudah β€” tukar brosur 40 muka surat kepada penerangan 5 baris yang pakcik kedai kopi pun faham.
  4. Kendalikan bantahan β€” berlatih jawab "biar saya fikir dulu lah" sebelum perbualan sebenar berlaku.
  5. Terjemahan β€” tulis sekali dalam English, dapat versi δΈ­ζ–‡ dan BM yang natural untuk pelanggan pelbagai kaum.
  6. Persediaan mesyuarat β€” ringkaskan situasi pelanggan dan hasilkan 5 soalan paling bijak sebelum anda masuk berjumpa.
  7. Kerja admin β€” ucapan hari jadi, ucapan perayaan, permintaan ulasan, peringatan temu janji β€” didraf secara pukal, dihantar oleh anda.

Cuba sendiri β€” sekarang juga

Buka chatgpt.com (akaun percuma pun boleh), tampal prompt ini, dan lihat apa yang berlaku:

Prompt β€” mesej follow-up pertama anda
Anda membantu seorang ejen insurans Malaysia menulis mesej WhatsApp.

Situasi: Pelanggan saya Jason, 34 tahun, beli kad perubatan daripada saya 2 tahun lepas. Dia baru sahaja timang cahaya mata bulan lepas (anak perempuan). Saya nak ucapkan tahniah dan buka perbualan secara halus tentang perlindungan untuk anaknya β€” tanpa bunyi macam menjual.

Tulis mesej WhatsApp yang ringkas dan mesra (maksimum 4 baris) dalam BM santai gaya Malaysia. Jangan hard-sell. Akhiri dengan soalan ringan.

Perhatikan apa yang anda baru buat: anda beri ia peranan, situasi, dan arahan yang jelas β€” dan dapat mesej yang selama ini mengambil 10 minit untuk difikirkan. Struktur itu bukan nasib. Ia satu formula β€” dan itulah yang diajar dalam Pelajaran 1.2.

Tiga mitos yang membuatkan ejen tersekat

Satu peraturan sebelum teruskan: jangan sesekali tampal nama penuh pelanggan, nombor IC, nombor polisi atau maklumat perubatan ke dalam mana-mana alat AI. Modul 8 mengupas amalan selamat PDPA β€” buat masa ini, guna nama pertama sahaja atau "pelanggan saya".

Semakan pantas

Apakah cara terbaik untuk memandang AI sebagai seorang ejen?

Suka pelajaran ini? Pelajaran 1.2 pun percuma.

Pelajari Formula Prompt 5 Bahagian β€” kemahiran paling berguna dalam seluruh kursus. Kemudian barulah putuskan sama ada 24 pelajaran penuh sesuai untuk anda.

Teruskan ke Pelajaran Percuma 1.2